Page 30 - New Buletin.docx
P. 30
Cara-cara menjaga
keselamatan
Disediakan oleh: Leon Pek Jing Heng – Sr2ComE
Pada era globalisasi ini, terdapat banyak kes jenayah berlaku di mana-mana sahaja. Hal ini disebabkan
oleh tahap keselamatan negara kita semakin longgar. Semua orang mesti menjaga keselamatan diri.
Persoalannya, apakah cara-cara untuk menjaga keselamatan?
Antara cara untuk menjaga keselamatan ialah setiap orang perlu menutup pintu kereta dengan segera
selepas masuk ke dalam kereta. Hal ini dikatakan demikian kerana kecuaian kita akan membuka ruang kepada
penjenayah untuk mengambil barang milik kita dengan mudah.
Selain itu, setiap orang tidak boleh menggunakan telefon bimbit semasa berjalan kaki atau memandu
kereta. Hal ini dikatakan demikian kerana kita dapat mengelakkan risiko berlakunya kemalangan jalan raya. Bak
kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, kita harus fokus ketika memandu dan melihat
ke hadapan sewaktu berjalan.
Akhir sekali, setiap orang hendaklah menyimpan alat-alat yang tajam di tempat yang tinggi. Hal ini
dikatakan demikian kerana kanak-kanak tidak berpeluang untuk mengambilnya. Contoh alatan yang tajam ialah
gunting, pisau dan lain-lain. Kita mesti mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara boleh dilaksanakan bagi menjaga keselamatan. Kita
bertanggungjawab untuk melindungi diri daripada ancaman bahaya ketika berada di luar rumah.
28