Page 26 - New Buletin.docx
P. 26

Cara-cara Menjaga Kesihatan



                                                        Diri


                                     Ditulis oleh: Lee Te Qin – Sr2ComD



         Pada era globalisasi ini, kebanyakan individu terutamanya golongan remaja suka makan makanan yang tidak sihat
         dan tidak tidur pada masa yang ditetapkan. Hal ini menjadikan badan mereka tidak sihat dan mereka menghadapi
         masalah kesihatan seperti obesiti, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Dengan ini, kita perlulah menjaga

         kesihatan diri untuk mengelakkan risiko menghadapi masalah kesihatan tersebut.


         Antara cara untuk menjaga kesihatan diri adalah dengan minum air secukupnya pada setiap hari. Kita perlu
         minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu pembuangan toksin di dalam badan, menjaga kesihatan
         kulit dan juga membantu pembakaran kalori di dalam badan. Selain itu, kita juga hendaklah mengamalkan
         pengambilan diet yang sihat setiap hari dan mengurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat. Kita
         hendaklah makan secara bersederhana.


         Cara terbaik untuk menjaga kesihatan diri adalah makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Di samping

         itu, kita mestilah menjauhi rokok kerana merokok akan menjejaskan kelenjar kulit dan kesihatan kita. Merokok
         juga menyebabkan ketagihan. Dengan ini, kita akan membahayakan kesihatan kita seumur hidup. Selanjutnya,
         kita juga hendaklah bersenam pada setiap hari. Hal ini dikatakan demikian kerana bersenam baik untuk kesihatan
         dan rohani. Kita perlu melakukan senaman walaupun hanya 10 minit sehari. Senaman 10 minit sehari juga akan
         membantu kita menjaga kesihatan badan dan menguatkan badan kita.


         Seterusnya, kita perlulah mengetahui cara untuk menangani stres. Kita perlulah mengelakkan tekanan kerana

         tekanan akan mempercepat proses penuaan. Oleh itu, kita boleh menikmati alunan muzik lembut yang
         mendamaikan bagi meredakan ketegangan. Selain itu, kita mestilah mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti
         setiap hari. Kita perlu tidur dalam lingkungan lapan hingga 10 jam setiap hari untuk menjaga kesihatan badan
         kita.


























                                                                                                                   24
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31