Page 28 - New Buletin.docx
P. 28
KURANGKAN GULA
HIDUP SIHAT
Disediakan oleh: John Foo – Jr2Z(7)
Gula ialah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber
tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Secara
semula jadi, gula boleh didapati dalam makanan yang
mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan
ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam
bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa. Selain
terdapat dalam bentuk semula jadi, gula juga ditambah ke
dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan
makanan.
Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan
pengambilan tenaga yang berlebihan dan seterusnya boleh
meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti.
Obesiti meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit kronik
seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung
koronari dan beberapa jenis kanser. Gula juga boleh
dikaitkan dengan karies gigi.
26