Page 33 - New Buletin.docx
P. 33

LAPORAN PEMBELAJARAN



                            DALAM TALIAN DAN FIZIKAL





                                           Ditulis oleh: Lam Way Hou – Sr2ScF



          Pada era globalisasi ini, bidang teknologi semakin canggih dan penggunaan Internet untuk membuat sebarang kerja
          dan mencari maklumat menjadi medium utama dan semakin popular dalam kalangan masyarakat. Penyebaran
          penyakit Covid-19 juga menyebabkan banyak sekolah perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
          Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian telah diperkenalkan supaya murid-murid boleh belajar

          dari rumah dan tidak perlu pergi ke sekolah bagi mengurangkan risiko penularan virus Covid-19. Persoalannya,
          apakah perbezaan antara pembelajaran dalam talian dengan pembelajaran secara fizikal?



          Pembelajaran dalam talian membolehkan murid-murid dan guru menjimatkan lebih banyak masa berbanding
          dengan pembelajaran secara fizikal. Hal ini dikatakan demikian kerana murid-murid tidak perlu bangun awal untuk
          menaiki bas atau pengangkutan awam untuk pergi ke sekolah. Selain itu, guru-guru boleh mempelbagaikan
          penggunaan bahan bantu mengajar seperti Google Slides atau Microsoft Powerpoint. Kesannya, guru-guru dapat
          menjimatkan masa dan tenaga. Bak kata pepatah, masa itu emas. Pembelajaran dalam talian akan menjimatkan

          masa murid dan guru.


          Selain itu, pembelajaran dalam talian dapat mengurangkan kos perbelanjaan murid-murid. Hal ini dikatakan

          demikian kerana murid-murid dapat menjimatkan wang kerana tidak perlu membayar kos pengangkutan untuk
          pergi ke sekolah. Ibu bapa juga tidak perlu menghantar anak mereka ke sekolah.



          Antara kebaikan pembelajaran secara fizikal ialah guru dan murid-murid boleh berkomunikasi dan belajar bersama-
          sama dengan lebih mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana murid-murid boleh menumpukan sepenuh perhatian

          untuk membuat kerja secara berkumpulan atau menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dengan mudah
          berbanding dengan pembelajaran dalam talian yang bergantung kepada kestabilan capaian Internet. Contohnya,
          murid-murid boleh berbincang dengan kawan-kawan atau guru di dalam kelas. Oleh itu, pembelajaran secara fizikal
          menjadikan kelas lebih menarik dan seronok untuk belajar.



          Selain itu, pembelajaran secara fizikal dapat menjadikan murid-murid lebih fokus di dalam kelas. Hal ini dikatakan
          demikian kerana persekitaran sekolah yang selesa dan tidak mempunyai gangguan menjadikan pelajar lebih fokus
          semasa guru mengajar. Contohnya, pelajar akan berasa lebih selesa belajar di dalam kelas berbanding belajar di

          rumah. Oleh itu, bilik darjah yang selesa menyebabkan pelajar boleh fokus di dalam kelas.


          Kesimpulannya, pembelajaran secara fizikal dan pembelajaran dalam talian mempunyai kebaikan masing-masing.
          Para pelajar perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan demi menjamin masa hadapan yang cerah.
          Saya berharap agar para pelajar dapat menyesuaikan diri dalam apa-apa jua situasi pembelajaran.


                                                                                                                    31
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38