Page 34 - New Buletin.docx
P. 34

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN SEMASA


                                                    PANDEMIK


                                           Ditulis Oleh: Yong Ze Feng – Sr2ScF





             Pada zaman pandemik COVID-19 ini, rakyat dihalang untuk berhimpun di tempat awam tetapi digalakkan untuk
             berada di rumah masing-masing untuk mengurangkan penularan wabak COVID-19. Sebelum penularan wabak
             COVID-19, guru mengajar pelajar di sekolah. Oleh itu, sekolah tidak dibuka dan pelajar dan guru hanya dapat
             meneruskan pembelajaran secara dalam talian. Persoalannya, apakah cara yang lebih sesuai untuk pelajar dan

             guru menjalankan pembelajaran?


             Dari aspek keberkesanan, pembelajaran secara fizikal lebih baik daripada pembelajaran secara dalam talian. Hal
             ini dikatakan demikian kerana pelajar dapat diselia oleh guru semasa sesi pembelajaran di kelas fizikal. Dengan

             ini, guru dapat membantu pelajar yang kurang faham terhadap sesuatu ilmu pengetahuan. Sebaliknya, melalui
             pembelajaran secara dalam talian, guru hanya dapat berkomunikasi dengan pelajar melalui aplikasi seperti Zoom,
             Skype dan sebagainya. Hal ini akan menyebabkan prestasi pelajar yang lemah dalam pembelajaran semakin
             teruk.



             Seterusnya, dari aspek kesihatan pelajar dan guru, pembelajaran secara dalam talian mempunyai banyak masa
             untuk rehat daripada pembelajaran secara fizikal. Hal ini dikatakan demikian kerana pembelajaran tidak terbatas
             oleh jarak. Mereka boleh menjalankan pembelajaran dengan menggunakan gajet seperti telefon bimbit atau

             komputer riba. Sebaliknya, pembelajaran fizikal memerlukan para pelajar datang ke sekolah. Pelajar yang tinggal
             jauh dari sekolah harus keluar dari rumah pada awal pagi dan tiba di rumah pada lewat petang. Hal ini akan
             mengganggu masa rehat dan kesihatan pelajar.



             Selain itu, pembelajaran secara fizikal lebih baik daripada pembelajaran secara dalam talian dari aspek hubungan
             antara pelajar di sesebuah kelas. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar dapat berbual-bual atau bermain

             dengan rakan mereka pada waktu rehat di sekolah. Dengan ini, hubungan antara pelajar akan menjadi lebih rapat.
             Sebaliknya, pelajar hanya dapat berkomunikasi dengan rakan mereka jika belajar secara dalam talian. Hal ini
             akan menyebabkan hubungan mereka semakin renggang. Mereka mungkin tidak dapat mengenali rakan sekelas

             mereka.


             Kesimpulannya, saya lebih suka pembelajaran secara fizikal berbanding pembelajaran secara dalam talian. Hal
             ini dikatakan demikian kerana lebih banyak faedah boleh kita dapat melalui pembelajaran di dalam kelas fizikal.
             Namun begitu, kita juga mestilah mematuhi arahan pihak kerajaan supaya negara kita dapat pulih daripada

             pandemik COVID-19. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk mencegah penularan wabak ini.





                                                                                                                   32
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39