Page 23 - New Buletin.docx
P. 23

--
                           MEMULAKAN KEHIDUPAN


                                                   SAYA DI

                   SEKOLAH MENENGAH KUEN CHENG



                                     Ditulis oleh : Charmine – Jr2S(6)



           Melangkah masuk ke sekolah menengah merupakan perjalanan yang kita mesti hadapi dalam kehidupan
           sebagai pelajar. Saya sentiasa memikirkan perjalanan ini sebagai suatu pengalaman yang baharu. Namun,
           tahun demi tahun berlalu dengan sekelip mata. Sekarang, saya menjadi seorang pelajar sekolah menengah
           yang memulakan langkah pertama saya di Sekolah Menengah Kuen Cheng.




           Pada mulanya, saya amat kagum dengan keindahan sekolah ini. Sekolah ini tidak seperti mana-mana
           sekolah yang pernah saya kunjungi. Saya amat kagum melihat bangunan sekolah yang tersergam indah.
           Bangunan sekolah setinggi sembilan tingkat dan mempunyai sebanyak empat blok utama. Sekolah ini
           mempunyai pintu gerbang yang besar dan tinggi. Di pintu masuk sekolah, terdapat sebuah kolam air
           pancut yang kecil. Gelanggang bola keranjang terletak di bahagian tengah sekolah dan dikelilingi dengan
           bangunan akademik. Kemudahan lif juga disediakan bagi memudahkan pergerakan guru dan pelajar.
           Ruang di dalam kelas sangat luas dan selesa malah setiap kelas turut dilengkapi dengan kemudahan
           komputer.




           Selepas seminggu belajar di Sekolah Menengah Kuen Cheng, saya mendapati bahawa semua guru
           sungguh baik dan berpengalaman mendidik pelajar. Guru-guru amat bersemangat, teliti dan selalu bersedia
           untuk menjawab sebarang pertanyaan daripada pelajar. Saya amat meminati mata pelajaran Bahasa
           Inggeris, Pendidikan Muzik, Sejarah, Bahasa Cina, Geografi, Pendidikan Jasmani dan Bahasa Melayu.




           Secara keseluruhan, saya sungguh gembira kerana dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Sekolah
           Menengah Kuen Cheng. Saya berharap agar kehidupan saya di sini dipenuhi dengan kegembiraan
           bersama-sama dengan para guru dan rakan- rakan. Saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh dan
           sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi dalam bidang akademik dan kokurikulum.
























                                                                                                                      21
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28