Page 36 - New Buletin.docx
P. 36

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November 2022 sebagai hari

        pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Sementara itu, tarikh
        penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 5
        November 2022 dan 15 November 2022.



        SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas pada hari ini dan memutuskan
        PRU15 hendaklah diadakan bagi mengisi kekosongan 222 kerusi Dewan          Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh (kanan)
        Rakyat, 42 kerusi Dewan Negeri Pahang, 15 kerusi Dewan Undangan Negeri     mempengerusikan Mesyuarat Khas Urusan PRU15
                                                                                     dan PRK DUN Bugaya, Sabah di Menara SPR
        Perlis, dan 59 kerusi Dewan Negeri Perak.                                         (gambar ihsan daripada Google)



        Pilihan raya kali ini merupakan pilihan raya pertama yang membenarkan
        rakyat berumur 18 tahun untuk mengundi.



        Diharap pemimpin yang dipilih bakal membawa kemakmuran dan kestabilan
        kepada negara sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial. Keharmonian
        dan perpaduan dalam kalangan masyarakat turut menjadi teras dalam
        pembentukan Malaysia baharu.

                                                                                 Rakyat Malaysia selesai melaksanakan tanggungjawab
                                                   (sumber: Berita Harian Online)              sebagai pengundi
                                                                                       (gambar ihsan daripada Kosmo Digital)




















                                                                   Petugas menunjukkan peti undi semasa pemeriksaan peti undi
         Proses membuang undi dilakukan bagi memilih ahli parlimen                                                     34
                   (gambar ihsan daripada Google)                            (gambar ihsan daripada Google)
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41