Page 37 - New Buletin.docx
P. 37
Teknologi Interaktif
Era digital kini telah menarik minat warga sekolah untuk lebih terbuka kepada penggunaan
teknologi yang lebih interaktif sesuai dengan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Semenjak negara dilanda wabak Covid-19, pihak sekolah menggalakkan guru-guru untuk
menggunakan kaedah pengajaran yang bersifat interaktif. Berikut merupakan beberapa aplikasi
yang dapat digunakan untuk menambah baik proses pengajaran guru di samping mewujudkan
proses pengajaran yang bermakna dengan meningkatkan tahap motivasi pembelajaran murid.
Quizizz
Merupakan alat pembelajaran kendiri yang digunakan
oleh berjuta-juta pelajar dan guru untuk melakukan
penilaian formatif, kerja rumah, ulang kaji dan
sebagainya.
Kahoot!
Salah satu permainan yang menyeronokkan dan
boleh dilakukan pada bila-bila masa oleh sesiapa
sahaja. Keterujaan dalam permainan akan
meningkatkan minat pelajar untuk menjawab setiap
soalan yang dikemukakan.
BLOOKET
Blooket menawarkan 10 mod permainan yang begitu
menarik hati pelajar dalam mewujudkan pengalaman
belajar yang efisien. Pelbagai strategi dapat dilakukan
dalam mod permainan yang berbeza untuk menang.
35