Page 14 - SUARA KC NOVEMBER 2021-2022
P. 14

Peranan Masyarakat


                Semasa Musim COVID-19




                              Oleh: Wong King Xuan (Sr3ComB)










           Adakah anda mengikuti saranan untuk mengelakkan  penularan penyakit COVID-19 pada masa yang
           genting ini? Dalam menelusuri arus pemodenan ini, pandemik COVID-19 telah menjadi  penyakit yang

           paling  kritikal  diperkatakan  di  seantero  dunia  terutamanya  Amerika  Syarikat.  Virus  yang
           menggemparkan seluruh  dunia ini mula dikesan di Wuhan, China pada  pertengahan  Disember  2019.
           Setakat  bulan  Mei  2021,  sebanyak  160  juta  kes  telah disahkan positif dan lebih kurang 3.3 juta
           kematian disebabkan  oleh COVID-19. COVID-19 diumpamakan duri dalam daging kerana virus ini
           menular melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin menyebabkan penyebaran virus sukar

           dikawal. Gejala umum penyakit ini termasuklah demam, sesak nafas, sakit tekak, batuk dan tiada selera
           untuk makan. Tepuk dada tanya selera, pernahkah terlintas dalam gawang minda anda tentang peranan
           masyarakat semasa musim COVID-19?

































                                                           12
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19