Page 10 - SUARA KC NOVEMBER 2021-2022
P. 10
Cara-cara untuk memajukan
taraf sistem Pendidikan
Malaysia
Oleh: Yee Sue Wei JR2Z2
Pada era globalisasi kini, pendidikan merupakan aspek yang paling penting dalam usaha melahirkan insan cemerlang
yang dapat berjaya dalam pelbagai bidang pekerjaan. Pada zaman dahulu, kerajaan British telah banyak mempengaruhi
pendidikan Malaysia dengan pelbagai sistem pentadbiran yang sistematik. Sekolah pelbagai kaum seperti Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil telah dibina pada dekad ini bagai cendawan tumbuh selepas
hujan. Persoalannya, apakah cara-cara untuk memajukan taraf sistem pendidikan Malaysia?
Salah satu cara untuk memajukan sistem pendidikan Malaysia adalah dengan mengukuhkan dan menguatkuasakan
pendidikan bahasa Inggeris daripada tahap sekolah rendah. Hal ini demikian kerana bahasa Inggeris bukan sahaja
bahasa yang penting untuk kita berkomunikasi dengan orang dari negara asing, malah bahasa yang kita perlukan
semasa bekerja di peringkat antarabangsa pada suatu hari nanti kerana bahasa Inggeris memainkan peranan yang paling
penting dalam pasaran antarabangsa. Contohnya, guru yang mengajar bahasa Inggeris perlulah fasih dalam bahasa
Inggeris dan menggunakan bahasa yang formal serta tepat supaya pelajar dapat mempelajari bahasa Inggeris dengan
lebih mudah. Jelaslah bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa yang amat penting dan semua pihak hendaklah
menguatkuasakan pengajaran dalam bahasa Inggeris.
Seterusnya, pihak kerajaan harus memperuntukkan dana bagi golongan masyarakat yang menghadapi masalah
kewangan sehingga mereka tidak mampu membayar yuran sekolah anak-anak. Dengan ini, anak-anak dapat
meneruskan pembelajaran di sekolah dan menuntut ilmu pengetahuan tidak mengira latar belakang. Sebagai contoh,
anak-anak yang miskin dan tercicir persekolahan dapat meneruskan pelajaran tanpa merisaukan masalah kewangan jika
pihak kerajaan memperuntukkan dana bagi mereka. Tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa dana kerajaan dapat
membolehkan semua murid belajar terutamanya golongan murid yang miskin.
8