Page 19 - SUARA KC NOVEMBER 2021-2022
P. 19

Selain itu, sesiapa yang pulang dari luar negara mesti
       dikuarantinkan  selama  14  hari.  Hal  ini  dikatakan
       demikian  kerana,  penularan  penyakit  ini  berlaku
       daripada  mereka  yang  baru  balik  dari  negara  yang
       mempunyai  kes COVID-19. Oleh hal yang demikian,
       mereka  tidak  dibenarkan  untuk  pergi  ke  mana-mana
       selain  berada  di  dalam bilik kuarantin dalam tempoh
       masa tersebut. Premis- premis seperti hotel dan dewan
       akan  digunakan  sebagai  pusat  kuarantin.  Sebagai
       kesannya, kita akan dapat mengekang penularan virus
       yang berbahaya ini. Terdapat peribahasa Melayu yang
       berkata  mencegah  lebih  baik  daripada  mengubati.
       Secara ringkasnya, sikap berwaspada dan berjaga-jaga
       dapat mengelakkan penyakit daripada terus merebak.






      Seterusnya, rakyat diwajibkan untuk memakai pelitup
      muka  ketika  berada  di  tempat  awam.  Keadaan  ini
      dikatakan  demikian  kerana  pelitup  muka  dapat
      mengurangkan risiko virus COVID-19 tersebar melalui
      udara.  Pelitup  muka  boleh  mengelakkan  virus  yang
      terdapat  di  udara  daripada  memasuki  tubuh  badan
      pemakai melalui saluran  hidung dan mulut. Tamsilnya,
      pelitup  muka  diperbuat  daripada  bahan-bahan  yang
      mempunyai fungsi penapisan.
      Sebagai  implikasinya,  keselamatan  rakyat  akan
      terjamin.  Seyogianya,  pemakaian  pelitup  muka  turut
      membantu  untuk menangani COVID-19.





                                                             Di  samping  itu,  masyarakat  juga  hendaklah  sentiasa
                                                             mengimbas suhu badan sebelum memasuki premis-premis
                                                             awam. Hal ini demikian kerana, gejala demam tergolong
                                                             sebagai salah satu simptom COVID-19 yang utama. Oleh
                                                             itu,  suhu badan seseorang individu perlulah di bawah 37.5
                                                             celsius. Contohnya, jika suhu badan seseorang melebihi
                                                             37.5 celsius, dia akan dilarang untuk memasuki premis-
                                                             premis awam dan disarankan untuk melakukan kuarantin
                                                             kendiri  di  rumah.  Kesannya,  langkah  ini  dapat
                                                             meminimumkan risiko penjangkitan penyakit COVID-19
                                                             di tempat-tempat awam. Jelaslah bahawa, imbasan suhu
                                                             badan  sebelum  memasuki  premis-premis  awam  adalah
                                                             sangat penting untuk mengelakkan penularan wabak ini
                                                             terus berlaku kerana sudah terhantuk baru tengadah tidak
                                                             berguna lagi.







                                                           17
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24