Page 17 - SUARA KC NOVEMBER 2021-2022
P. 17
Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat heterogen peranan
masyarakat semasa musim COVID-19. Oleh hal yang demikian, segenap
strata sosial tanpa mengira warna kulit dan bangsa wajib bersinergi ibarat ke
bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mengatasi pandemik COVID-
19. Dengan ini, kesihatan rakyat terjamin manakala negara kita akan pesat
membangun sehingga mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
negara-negara atas angin. Adakah anda sanggup melihat rakyat Malaysia
hidup dalam keadaan yang ketakutan disebabkan virus ini? Marilah kita
bersama-sama melaksanakan tanggungjawab diri untuk menghentikan
penularan COVID-19.
15