Page 13 - SUARA KC NOVEMBER 2021-2022
P. 13

Bukan itu sahaja, Titor juga meramalkan beberapa peristiwa
                                                            yang akan berlaku pada masa hadapan. Contoh seperti perang

                                                            saudara di USA yang akan mengakibatkan pembatalan Sukan
                                                            Olimpik 2004, perang antara Rusia dengan USA, penyebaran
                                                            wabak  yang  serius  di  barat.  Namun  semua  peristiwa  yang

                                                            dilaporkan tidak berlaku. Hal ini menyebabkan perhatian yang
                                                            diberikan kepada John Titor semakin berkurang.  John Titor
                                                            pada ketika itu mempunyai sebuah yayasan yang diberi nama
                                                            sebagai Yayasan John Titor. Yayasan itu merupakan perusahaan

                                                            yang  menjual  buku  dan  barangan  lain  berkaitan  dengan
                                                            pengembara masa.


                                                           Selepas beberapa tahun, beberapa percubaan dilaksanakan untuk
                                                           mengetahui kebenaran tentang latar belakang mesej John Titor.
                                                           Sebuah laman sesawang bernama ‘Hoax Hunter’ menjalankan
                                                           tinjauan dan mendakwa bahawa kisah di sebalik John Titor

                                                           digerakkan  oleh  dua  orang  iaitu  Larry  Haber  dan  John  Rick
                                                           Haber. Larry merupakan seorang peguam manakala John pula
                                                           seorang saintis komputer. Larry juga merupakan ketua pegawai

                                                           eksekutif  Yayasan  John  Titor  dan  menjadi  individu  dalam
                                                           menjana wang daripada hoax pengembara John Titor.

                                                           Walau bagaimanapun, kisah John Titor telah berjaya menarik

                                                           perhatian  dunia  sehingga menimbulkan  idea  kewujudan
                                                           pengembaraan dalam  minda orang ramai. Dalam beberapa mesej
                                                           daripada John Titor, ia menerangkan tentang masa silam di

                                                           mana dia kembali mengubah haluan peristiwa yang akan berlaku
                                                           pada masa yang akan datang. Selain itu, dia menyatakan bahawa,
                                                           semakin  dia  tinggal  pada  masa  yang  ‘salah’,  semakin  besar
                                                           pengubahan masa  depan  berlaku.  Mungkinkah  ini  sebabnya

                                                           peristiwa yang dilaporkan oleh John Titor tidak berlaku akibat
                                                           penciptaan masa hadapan baharu yang berbeza dengan garis masa
                                                           masa hadapan. Dalam kata lain, mungkin kembalinya John Titor

                                                           sebab perang antara USA dengan Rusia tidak berlaku.
















                                                           11
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18