Page 9 - SUARA KC NOVEMBER 2021-2022
P. 9

Seterusnya, semua orang perlu sentiasa mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP)
                                yang ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan kadar jangkitan COVID-19.
                                Contohnya, memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah, tidak boleh menjalankan
                                aktiviti sukan secara berkumpulan, dilarang duduk makan di restoran  dan sebagainya.
                                Pihak  kerajaan  mengumumkan  peraturan  tersebut  kepada  rakyat  di  negara  bagi
                                mengawal perebakan virus ini. Bak kata   pepatah,  “sediakan  payung  sebelum  hujan”.
                                Jelaslah bahawa, kita harus mematuhi “SOP” yang diumumkan oleh pihak  kerajaan.

                                 Akhir sekali, langkah untuk mengurangkan kadar jangkitan COVID-19 ialah menjaga
                                 kesihatan  badan  diri  dengan  baik.  Kita  patutlah  menjaga  pemakanan  kita  dengan
                                 betul, mendapatkan rehat yang mencukupi dan melakukan senaman untuk menjamin

                                 kesihatan badan kita. Jika anda  mendapati bahawa diri sendiri mempunyai tanda-
                                 tanda jangkitan contohnya, demam dengan suhu yang tinggi, keradangan tekak, cirit-
                                 birit atau simptom-simptom lain, silalah bertindak segera dengan mengambil masa
                                 lebih awal untuk membuat ujian saringan supaya virus ini tidak tersebar kepada orang
                                 lain. Seperti kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Jadi, semua orang
                                 wajarlah memerhatikan kesihatan diri sendiri dengan baik.

                                  Ternyata, COVID-19 telah membawa banyak kesan buruk kepada manusia. Oleh itu,
                                  kita mesti ambil langkah pencegahan dengan serius agar virus ini lenyap dari muka
                                  bumi  yang  tercinta  ini.  Marilah  kita  mengikuti  langkah-langkah  mengurangkan
                                  kadar jangkitan virus ini supaya virus yang tidak diundang ini secepat mungkin akan
                                  beredar dan manusia dapat tinggal dalam suasana yang aman dan bahagia seperti
                                  sedia kala.


                                                           1 meter
































                                                            7


                                                           7
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14