Page 11 - SUARA KC NOVEMBER 2021-2022
P. 11

Selain  aspek  akademik,  pihak  sekolah  juga  mesti  mengutamakan  kesihatan mental pelajar dan juga meningkatkan
     kesedaran pelajar terhadap kesaksamaan masyarakat serta hak  kebebasan.  Hal  ini  demikian kerana,,  murid-murid
     perlulah mendapatkan pendidikan kesihatan mental sendiri  supaya  dapat  menjadi  insan  yang  lebih  sihat,  ceria  dan
     mempunyai  keberanian  untuk bersuara jika menghadapi perkara tidak adil. Sebagai contoh, pelajar tidak berani untuk
     bersuara  untuk  sendiri  semasa  dibuli  atau  dihina  dan  menjadi  mangsa  kes  buli  jika  pihak  sekolah  tidak
     mengutamakan  kesedaran  terhadap  kesihatan  mental  serta  pendidikan  yang  betul.  Sistem pendidikan  di  Finland,

     Switzerland, Amerika Syarikat dan Denmark amat cemerlang dalam aspek ini dan boleh  dijadikan  teladan  oleh
     Malaysia.  Oleh  itu,  sudah terang  lagi  bersuluh  bahawa  pendidikan terhadap kesedaran kesaksamaan  masyarakat
     tanpa  mengira kaum, jantina  dan  latar  belakang  serta kepentingan kesihatan mental mestilah dititikberatkan.


     Kesimpulannya,   sistem   pendidikan   Malaysia   semakin  berkembang  dan

     perlu  melaksanakan  pelbagai  cara  supaya   sistem   pendidikan   Malaysia
     menjadi  lebih  maju  lagi.  Oleh  itu,  semua  pihak  patutlah  berusaha  memajukan
     sistem pendidikan Malaysia dan membina satu negara yang cemerlang
     kerana pendidikan merupakan asas negara yang paling penting. Dengan ini,
     rakyat  Malaysia  akan  menjadi  lebih terkemuka  dan  layak  untuk  bersaing

     dengan  negara asing lain.  Apabila rakyat Malaysia dapat memperkaya diri
     sendiri dengan  lmu  pengetahuan,  nescaya  kita  dapat  membina  masyarakat
                  i
     yang lebih harmoni dan ceria.










































                                                            9

                                                            9
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16