Page 42 - New Buletin.docx
P. 42

TEMPAT YANG BOLEH DIKUNJUNGI
             SELEPAS PANDEMIK INI BERAKHIR







                               Ditulis oleh: Lam Yuan Sheng – Sr3B









        Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Genting Skyworlds telah dibuka
        kepada orang ramai bermula 8 Februari 2022.


        Terdapat pelbagai permainan yang terbaharu dan menarik. Antaranya,
        permainan yang paling menarik ialah Thrill Seekers. Permainan ini
        memberikan keterujaan kepada pengunjung apabila alat ini berpusing 360
        darjah. Pengunjung akan menjerit kegembiraan.


        Selain itu, kawasan yang bertemakan "ice age" juga menjadi tarikan kepada
        ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka untuk datang ke sini.
        Permainannya sesuai untuk seisi keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana
        permainan seperti Sids Rock N Slide dan Mammoth Funzone memenuhi
        standard keselamatan. Para pengunjung boleh belajar tentang ilmu prasejarah
        dengan tarikan yang diinspirasikan oleh francais terkenal di seluruh dunia, Ice
        Age. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengunjungi Genting Skyland yang
        baru dibuka!




                                      Lorong Concubine atau Lorong Panglima yang terletak di Ipoh, Perak merupakan
                                      sebuah lorong yang memenuhi suasana sejarah dan kreatif.


                                      Lorong ini mempunyai sejarah yang menarik. Lorong ini wujud sejak tahun 1908 dan
                                      dimiliki oleh hartawan yang digelar sebagai tycoon yang menguasai perlombongan bijih
                                      timah pada ketika itu.


                                      Lorong ini juga dijadikan tempat simpanan gundik-gundik atau perempuan simpanan
                                      bagi golongan hartawan berbangsa Cina dan pegawai British di Tanah Melayu. Tindakan
                                      ini dilakukan untuk mengelakkan kecurangan mereka diketahui oleh isteri masing--
                                      masing.


                                      Pada masa ini, lorong tersebut telah dijadikan sebagai tempat pelancongan yang penting.
                                      Semasa melewati lorong tersebut, mata kita akan tertumpu kepada lukisan mural yang
                                      menghiasi   dinding-dinding   bangunan.   Lukisan   yang    berwarna-warni   akan
                                      mempesonakan mata pengunjung yang datang. Di situ juga terdapat pelbagai deretan
                                      kedai yang menjual makanan yang istimewa seperti ais kepal, aiskrim, gula-gula kapas
                                      dan roti pelangi. Pilih saja mana-mana yang berkenan di hati kerana semuanya sedap
                                      dan murah.                                                                    40
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47