Page 4 - SUARA KC NOVEMBER 2021-2022
P. 4

Tidak dapat dinafikan bahawa kemunculan virus ini telah menggegarkan satu dunia dari segi kesihatan,

        keselamatan dan sosioekonomi. Persekolahan ditangguhkan, pelajar tidak perlu hadir ke sekolah dan
        digantikan  dengan  cara  pembelajaran  dalam  talian.  Semua  premis  perniagaan  terpaksa  ditutup  atau
        berniaga dalam masa yang dihadkan. Penglibatan pekerja telah dikawal dan diminta bekerja dari rumah
        (work from home). Sektor pelancongan mengalami kerugian yang paling teruk  dalam  tempoh  ini kerana

        sekatan  kemasukan  pelancong  asing  dan perintah  kawalan  pergerakan rakyat.

        Ekonomi  Malaysia  turut  merosot  dan  kesejahteraan  rakyat  tergugat  ekoran  kejadian  ini  terutamanya
        bagi golongan miskin. Oleh demikian, kerajaan Malaysia mengumumkan pelbagai jenis bantuan dengan

        syarat-syarat  tertentu  dan  inisiatif  bukan  sahaja  untuk  menghalang  penyebaran  wabak  ini,  malah
        kelangsungan hidup rakyat dapat diteruskan. Vaksinasi juga diberi secara percuma mengikut peringkat
        umur  bermula  dari  Februari  2021  untuk  menambah  imunisasi  seseorang.  Demi  menunjukkan
        penghargaan kita terhadap pasukan barisan hadapan (Frontliner) yang bertungkus-lumus selama ini serta

        sikap sayang sesama diri, setiap individu memainkan peranan yang penting dalam memutuskan rantaian
        COVID-19, bak kata peribahasa “bersatu kita  teguh, bercerai kita roboh.”
























                                                            2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9