Page 21 - SUARA KC NOVEMBER 2021-2022
P. 21

Hasil kreatif – seni lukis


                 Pua  Pei  Ling  juga  seorang  pelajar  yang  sangat  berminat  dalam
                 bidang  seni  lukis.  Sejak  kecil  lagi  dia  suka  melukis  dan
                 menghasilkan  kraf  tangan.  Minat  ini  terus  mekar  apabila  dia
                 melangkah ke sekolah menengah. Dia terlibat dalam banyak projek
                 menghias kelas dan mengambil subjek Pendidikan Seni Visual. Dia
                 percaya  bahawa  Pendidikan  Seni  Visual  membuka  peluang
                 kepadanya  untuk  mengasah  bakat  seni  secara  lebih  mendalam.
                 Subjek  ini  juga  telah  membina  potensi  dalam  dirinya   dengan
                 menghayati nilai estetik dalam sesebuah hasil seni.





                                                          Pua Pei Ling menarik nafas lega apabila memperoleh gred
                                                          A dalam subjek Pendidikan Seni Visual pada peringkat Sijil
                                                          Pelajaran Malaysia (SPM), tahun 2019. Model Ruang Dapur
          Apabila ditanya tentang dorongan daripada       ialah  projek terakhirnya dalam subjek Seni  Visual.  Inilah
          kedua-dua orang ibu bapanya, Pua Pei Ling       sentuhan  pertama  yang  melibatkan  model  yang  besar.
          mengatakan  bahawa kedua-dua ibu bapanya        Penghasilan model  ini mengambil masa hampir lima bulan.
          banyak memberi  inspirasi kepadanya. Setiap     Namun  kos  yang  diperuntukkan  hanyalah  sekitar  RM20
          minatnya dalam seni tidak pernah dibantah.      kerana dia hanya membeli  beberapa  bahan  sahaja.  Bahan-
          Malah  kedua-dua  ibu  bapanya  sedia           bahan lain sudah tersedia di rumahnya kerana banyak hasil

          memberi  idea  dan  membawanya  membeli         seni peribadi yang dihasilkan menuntut  dia  untuk  membeli
          kelengkapan  untuk   menyiapkan  tugasan        bahan-bahan tersebut sebelum ini.
          seni.  Guru  seni  juga tidak  lokek  berkongsi
          idea  dan  teknik  berkesan  agar  dia  dapat
          menghasilkan projek   yang  kemas,  menarik
          dan mampu memberi kecemerlangan kepada               Pua  Pei  Ling  berharap  agar  rakan-rakan  yang
          dirinya.
                                                               mempunyai  bakat  seni  tidak  mensia-siakan  bakat
                                                               mereka. Seni ialah sesuatu yang subjektif dan bukan
                                                               semua orang dianugerahkan bakat seni oleh Tuhan.
                                                               Apabila  melakukan  kerja  seni,  jangan  hanya
                                                               berharap  hasil  yang  cantik  semata-mata  kerana
                                                               pandangan  mata  setiap  individu  terhadap  seni  itu
                                                               berbeza-beza.



                                                             19

                                                             19
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26