Page 36 - 2024NewStudentManual
P. 36
2024年新生入学指南
36 NEW INTAKE
11. Kegiatan kokurikulum dianggap sebagai langkah ______ bagi pelajar untuk
menghadapi kehidupan bermasyarakat.
A. pertama B. persediaan C. permulaan D. pemulihan
12. Sikap Ramesh yang suka ______ kerja yang diberi menyebabkan ibu bapanya sering
berleter.
A. melambat-lambatkan B. melengah-lengahkan
C. melewat-lewatkan D. merumit-rumitkan
13. Nasihat ibu kepada Ali tidak diendahkannya. Peribahasa di bawah sesuai untuk
situasi di atas KECUALI
A. seperti hujan jatuh ke pasir
B. seperti ikan pulang ke lubuk
C. masuk telinga kanan, keluar telinga kiri
D. seperti mencurah air ke daun keladi
14. Pak Mat menjumpai ______ bom tangan ketika berjalan di pantai.
A. sedas B. selaras C. sebutir D. sebatang
15. Nenek tidak suka diganggu ketika dia sedang ______ tikar.
A. melurut B. menganyam C. membentuk D. mengulit
16. Sayur-mayur yang dijual di pasar itu masih ______ kerana baru dipetik.
A. segar B. layu C. basah D. cantik
17. Semua ayat di bawah adalah betul KECUALI.
A. Pertandingan itu saya akan sertai.
B. Lelaki yang berdiri itu guru saya.
C. Baju berjenama itu tidak mahal kerana ada potongan harga.
D. Siapakah nama Perdana Menteri kita?
18. Pilih ayat yang BETUL.
A. Kami sekeluarga amat rindu nenek yang di kampung.
B. Amalan saling kunjung-mengunjungi harus diamalkan dalam masyarakat kita.
C. Pemandangan pada waktu senja nian indah.
D. Saya akan mengulang kaji pelajaran dari lapan malam hingga sepuluh malam.