Page 37 - 2024NewStudentManual
P. 37

2024年新生入学指南
                   NEW INTAKE                                                               37



          Pilih ayat-ayat yang betul.
          19. I  Rumah banglo besar yang di atas bukit itu sangat cantik sekali.
             II  Hal-hal lain turut dibincangkan dalam mesyuarat.
             III  Harga kasut ini ialah dua puluh setengah ringgit.
            A. I sahaja
            B. I dan II sahaja
            C. II dan III sahaja

          20. I  Sesetengah murid lebih gemar ke perpustakaan pada waktu rehat.
             II  Ah, malang sungguh nasib aku!
             III  Ibu sering berkunjung pusat beli-belah yang berdekatan dengan rumah.
            A. I sahaja
            B. I dan III sahaja
            C. I dan II sahaja


          BAHAGIAN B: SOALAN 1 HINGGA SOALAN 4
          Baca catatan harian di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

          20 Februari 2018
          Petang - Dari Alor Star, kami tiba di Jeti Kuah, Pulau Langkawi. Kedatangan kami dis-
          ambut oleh ahli-ahli Rakan Muda dari Kuah yang juga selaku tuan rumah. Dari jeti itu
          kami dibawa ke Kompleks Belia Kuah dengan menaiki lori Majlis Daerah Langkawi.
          Kami bermalam di situ. Malam itu kami berpeluang melihat pertandingan akhir tomoi
          anjuran kerajaan negeri Kedah.


          21 Februari 2018
             Pagi - Kami dikehendaki berada di Hotel Tiara pada pukul 10.00  pagi. Majlis per-
          asmian dan sambutan untuk peserta pertandingan kayak diadakan di hotel itu. Dari situ
          kami ke pantai Batu Hitam untuk memulakan pusingan pertama menuju ke Pulau Batu
          Buruk. Pasukan kami akan berentap dengan pasukan dari negeri Selangor, Perak dan
          Negeri Sembilan. Pelayaran ke pulau itu jauh dan membosankan. Tambahan pula, om-
          bak sangat kuat.  Di tengah perjalanan, kayak kami tersangkut pada batu karang. Nasib
          baik kayak itu tidak pecah. Kami terpaksa mengusung kayak itu sehingga melewati ka-
          wasan batu karang itu  setelah sepuluh kilometer berkayak.  Selepas peristiwa itu, kami
          berasa amat penat dan bercadang hendak berlabuh untuk berehat di atas beting pasir.
          Hasrat itu terpaksa kami lupakan sahaja kerana kami gagal menemui beting pasir.

             Petang - Pukul 5.00 petang kami pun tiba di Pulau Batu Buruk. Pasukan dari neg-
          eri-negeri lain telah lama tiba. Nampaknya peluang untuk muncul sebagai juara semakin
          tipis. Meskipun begitu, kami berharap dapat mendahului mereka dalam pusingan kedua
          nanti. Kami bermalam di pulau itu.
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42