Page 35 - 2024NewStudentManual
P. 35
2024年新生入学指南
NEW INTAKE 35
· BAHASA MALAYSIA ·
BAHAGIAN A: SOALAN 1 HINGGA SOALAN 20
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Kereta yang dipandu oleh ayah sangat ______ .
A. laju B. cepat C. cermat D. gopah
2. Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan ______ dalam majlis tersebut.
A. saya B. beliau C. daku D. patik
3. Ahmad menunggu kawannya ______ pukul tiga petang tadi di perpustakaan sekolah.
A. daripada B. ke C. dari D. hingga
4. ______ murid-muridku, berusahalah dengan bersungguh-sungguh demi masa
depanmu!.
A. Aduh B. Cis C. Hai D. Wahai
5. Ramai ______ berkunjung ke negara ini semasa Sukan Komanwel berlangsung.
A. pelancong B. pendatang C. pelawat D. pekerja
6. Cikgu Zahid ______ sebuah buku latihan matematik kepada Su Yee.
A. menghadiah B. menghadiahi C. menghadiahkan D. memperhadiah
7. ______ mereka tahu tentang peristiwa yang menggemparkan itu?
A. Berapakah B. Manakah C. Apakah D. Adakah
8. “ ______ kamu risau,” kata ibu kepada Syazana.
A. Usah B. Sila C. Minta D. Tolong
9. Encik Rahmat merupakan usahawan yang disegani dalam bidang perniagaan.
Pilih perkataan sinonim bagi bidang
A. sektor B. aktiviti C. jurusan D. bahagian
10. Adik tidak mahu makan kerana masih kenyang makan buah durian tadi..
Pilih perkataan antonim bagi kenyang.
A. jemu B. lapar C. penuh D. kosong