Page 38 - 2024NewStudentManual
P. 38

2024年新生入学指南
          38                                                                NEW INTAKE


          23 Februari 2018
            Pagi - Selepas sarapan, semua pasukan memulakan pelayaran. Kami berkayuh dengan
          tenang, tidak seperti hari sebelumnya kerana takut  kehabisan tenaga di tengah pelayaran
          nanti.

            Petang - Setelah lima jam berkayuh, kami pun tiba di pantai Batu Hitam. Pasukan-pa-
          sukan dari negeri lain masih di belakang kecuali pasukan dari negeri Perak. Pasukan dari
          negeri Perak ini bersaing rapat dengan pasukan kami yang muncul sebagai juara. Semen-
          tara pasukan kayak dari Negeri Sembilan di tempat ketiga.


          1. Mengapakah penulis dan rakan-rakannya berada di Hotel Tiara?

          2. Apakah tujuan “kami” ke Pulau Langkawi?


          3. Pasukan manakah yang menjadi johan dalam pertandingan kayak itu?


          4. Pada pendapat anda,mengapakah sikap bekerjasama penting dalam diri setiap individu.


          BAHAGIAN C
          Lengkapkan teks di bawah ini dengan pilihan jawapan yang tepat dan sesuai.

             Sesungguhnya Internet amat ___(1)___ pada era globalisasi ini. Internet merupakan

          lebuh raya ___(2)___ yang menghubungkan antara satu komputer dengan komputer yang
          lain. Facebook, Twitter, dan Instagram merupakan antara aplikasi jaringan komputer yang
          ___(3)___ . Internet turut dijadikan sebagai wahana komunikasi. Pengguna boleh mela-
          yari  ___(4)___ ini tanpa kekangan ___(5)___ dan had batasan. Kepantasan dalam mem-
          peroleh maklumat menyebabkan Internet menjadi ___(6)___ kepada murid-murid untuk
          menyiapkan ___(7)___ mereka. Hampir semua peringkat ___(8)___ menggunakannya un-
          tuk kepentingan masing-masing. Bagi penulis blog, aplikasi Internet ini ___(9)___ untuk
          mengetengahkan hasil karya mereka. Lazimnya, Internet juga digunakan sebagai medan
          untuk menyuarakan ___(10)___  mereka.


                          penting                  usia                 pilihan

                           medan               digunakan               popular

                          tugasan               maklumat                waktu

                         pendapat                 kaki               laman sosial
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43