Page 6 - New Buletin.docx
P. 6
Sambutan bulan
kemerdekaan ke-65
Sambutan Hari Kemerdekaan diadakan di sekolah ini pada 30 Ogos 2022. Walaupun warga sekolah masih
berdepan dengan wabak Covid-19, namun sambutan hari bersejarah ini dapat dijalankan dengan lancar. Para
pelajar dan guru-guru mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru Jabatan Sejarah kerana
bertungkus-lumus membuat persediaan dan aktiviti sepanjang Bulan Kemerdekaan ini. Sepanjang Bulan
Kemerdekaan, pelbagai aktiviti yang menarik telah berlangsung. Antaranya ialah pertandingan nyanyian lagu
kemerdekaan, pertandingan melukis potret tokoh dan wira negara, kuiz kemerdekaan secara dalam talian dan
sebagainya.
Semasa sambutan Hari Kemerdekaan, majlis dimulakan dengan persembahan deklamasi sajak oleh Cikgu Fatin
Sofea yang bertajuk “Merdekakah Kita?”. Majlis juga dimeriahkan lagi dengan perbarisan pasukan unit
beruniform yang terdiri daripada Pandu Puteri, Pengakap, Kadet Polis dan St. John Ambulans. Berikut
merupakan antara suasana kemeriahan yang dapat dijadikan kenangan untuk para pembaca.
Sekitar suasana sambutan kemerdekaan
4