Page 4 - New Buletin.docx
P. 4

SAMBUTAN ULANG TAHUN




             SEKOLAH DAN HARI GURU




                                                      2022








          Sambutan Ulang Tahun Sekolah Menengah Kuen Cheng ke-
         114 dan Hari Guru telah diadakan pada 16 September 2022.
         Sambutan ulang tahun sekolah pada kali ini disambut sekali
         dengan sambutan Hari Guru. Terdapat pelbagai aktiviti

         dijalankan sepanjang kedua-dua sambutan ini diadakan.
         Sambutan ulang tahun sekolah telah dijalankan dengan begitu
         meriah sekali pada sebelah pagi di dewan sekolah dengan

         pelbagai persembahan. Antara persembahan tersebut ialah             Upacara memotong kek sempena ulang tahun sekolah
         persembahan tarian, wusyu, diabolo dan lain-lain lagi. Tidak
         ketinggalan juga upacara penting semasa ulang tahun sekolah
         iaitu Anugerah Perkhidmatan di Sekolah Menengah Kuen
         Cheng. Guru-guru yang diraikan ialah guru-guru yang sudah

         berkhidmat lebih daripada 10 tahun.


         Selesai majlis sambutan ulang tahun sekolah, guru-guru dan

         pelajar-pelajar menyambut Hari Guru di kelas masing-masing
         serta di perkarangan sekolah. Terdapat pelbagai aktiviti yang     Pertandingan bola keranjang antara guru dengan pelajar
         disediakan untuk guru-guru seperti pertandingan bola
         keranjang, pertandingan bola tampar, dan lain-lain lagi. Para
         pelajar turut menjalankan aktiviti bersama guru-guru yang

         menghadiri kelas mereka pada hari tersebut bagi mengeratkan
         hubungan antara mereka dengan guru.











                                                                            Upacara penyampaian hadiah kepada guru yang telah
                                                                                         lama berkhidmat





                    Persembahan daripada pelajar dan guru                                                           2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9