Page 5 - New Buletin.docx
P. 5
Pertandingan forum 2022
Sekolah Menengah Kuen Cheng (SMKC) meneruskan tradisinya dalam menyertai pertandingan forum anjuran Dewan
Bahasa dan Pustaka pada tahun ini. Menariknya pada tahun ini, pertandingan dapat diadakan secara fizikal dengan
penyertaan dari sekolah-sekolah persendirian Cina Malaysia peringkat Zon C kali ke-30. Para peserta dari Sekolah
Menengah Kuen Cheng telah membincangkan tajuk “Alam Sekitar”.
Tahniah diucapkan kepada guru-guru pembimbing, iaitu Cikgu Haslida, Cikgu Aisyah, Cikgu Mazlina dan Cikgu
Suraida yang tidak jemu menggilap bakat anak-anak KC menyertai pertandingan forum ini. Dinobatkan sebagai Naib
Johan merupakan antara pencapaian yang membanggakan sekolah. Malah, ahli panel terbaik dalam pertandingan ini
turut dimenangi oleh wakil pelajar dari SMKC, iaitu Poon Wing Yu.
Dari kiri: Wing Yu, Carmen, Xin Ru dan Wen Chi
Kenangan indah bersama guru-guru pembimbing
Kesiapsagaan peserta forum untuk bertanding
Penyampaian hadiah sebagai naib johan
3