Page 3 - New Buletin.docx
P. 3
BULAN BAHASA KUEN CHENG
Setelah hampir dua tahun diadakan secara maya, akhirnya, pada 3 hingga 23 Jun yang lalu Bulan Bahasa Melayu
dapat dianjurkan di sekolah dengan melibatkan hampir semua pelajar secara fizikal namun masih mengikut SOP
yang ditetapkan.
Objektif:
• Menguji tahap kebolehan dan kefahaman pelajar dalam permainan bahasa Melayu.
• Melatih dan mencungkil bakat pelajar dalam pertandingan bahasa.
• Mendedahkan para pelajar dengan budaya masyarakat Melayu.
Bagi mengurangkan interaksi sosial sesama para pelajar, pihak penganjur telah menetapkan beberapa pertandingan
kepada dua bahagian, iaitu secara fizikal dan dalam talian. Antara acara yang dipertandingkan secara fizikal ialah
pertandingan melukis komik, menulis sajak, pertandingan peribahasa, Shahiba, dan teka silang kata manakala acara
yang dipertandingkan secara dalam talian ialah pertandingan membaca berita, deklamasi sajak, nyanyian, syarahan,
dan e-kad Hari Guru.
1