Page 28 - 2021Newintakewithcover130820
P. 28

2021年新生入学指南
       26
                                                                              NEW INTAKE





        Soalan 16 :  Pilih peribahasa yang sesuai bagi ayat di bawah ini.


        16. Setelah dia mampu membeli kereta, motosikalnya yang lama tidak digunakannya
           lagi. Keadaan ini samalah seperti
           A. habis manis sepah dibuang
           B. kacang lupakan kulit
           C. sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi
           D. tiada rotan akar pun berguna


        Soalan 17 hingga 20
        Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

                                       PERPADUAN KAUM


        Di bawah ini ialah dialog antara Cikgu Ita dengan murid-muridnya. Mereka
        membincangkan aktiviti-aktiviti yang dapat memupuk perpaduan kaum di sekolah.


        Cikgu Ita :  Perpaduan kaum penting untuk mengekalkan keharmonian rakyat dan
                   keamanan negara. Apakah aktiviti yang dapat memupuk perpaduan kaum di
                   sekolah?
        Jessi      :  Aktiviti di dalam kelas mampu untuk memupuk perpaduan kaum, misalnya
                   aktiviti perbincangan secara berkumpulan. Murid-murid saling bekerjasama,
                   tolong- menolong, bertolak-ansur, dan hormat-menghormati dalam usaha
                   untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
        Amin       :  Dalam pada itu, pihak sekolah juga telah merancang aktiviti-aktiviti dalam
                   program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang
                   dilaksanakan oleh pihak  kementerian pelajaran. Program ini bertujuan
                   untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang kaum.
                   Misalnya, Sambutan Hari Raya pada peringkat sekolah, Sukan Tahunan dan
                   sebagainya.
        Jessi      :  Bukan itu sahaja, penglibatan murid yang berbilang kaum dalam aktiviti
                   kokurikulum di sekolah seperti aktiviti kelab, persatuan dan badan-badan
                   beruiniform dapat juga memupuk sikap saling bekerjasama, tolak-ansur,
                   hormat-menghormati serta bersatu-padu.
        Cikgu Ita :  Bagus Amin dan Jessi. Perpaduan kaum dapat mengelakkan negara diancam
                   oleh anasir anasir yang mencuba untuk memecahbelahkan rakyat kerana
                   bersatu teguh, bercerai roboh.
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33