Page 27 - 2021Newintakewithcover130820
P. 27
2021年新生入学指南 25
NEW INTAKE
12. Kegiatan kokurikulum bukan sahaja dapat mencungkil bakat murid-murid, malahan
dapat memupuk semangat perpaduan.
A. Melalui kegiatan kokurikulum, semangat perpaduan dapat disemai dalam
kalangan murid dan bakat mereka dicungkil.
B. Murid-murid perlu menyertai kegiatan kokurikulum untuk menyemai semangat
perpaduan dan mencungkil bakat mereka.
C. Bakat murid-murid dapat dicungkil dan semangat perpaduan dapat disemai
sekiranya murid-murid menyertai kegiatan kokurikulum.
D. Murid-murid yang menyertai kegiatan kokurikulum perlu menyemai semangat
perpaduan dan mencungkil bakat masing-masing.
Soalan 13 : Pilih ayat yang betul.
13. A. Pasukan bola jaring Rumah Hijau akan bertemu dengan pasukan bola jaring
Rumah Merah esok.
B. Peserta-peserta kursus itu saling bertukar-tukar cenderamata sebelum berpisah.
C. Makanan yang dijual di warung itu amat sedap sungguh.
D. Pemenang akan mendapat hadiah alat tulis-alat tulis daripada pihak penganjur.
14. A. Lorong yang menghala ke kampung itu sangat sunyi pada waktu petang.
B. Kerbau-kerbau itu gemuk-gemuk belaka kerana diberi makan rumput dua kali
sehari.
C. Setelah berumahtangga, Rohana tidak bekerja di sini lagi.
D. Anda perlu menjawab semua soalan dalam masa satu suku jam.
Soalan 15 : Pilih maksud yang betul berdasarkan peribahasa di bawah ini.
Nasi sudah menjadi bubur
15. Peribahasa di atas membawa maksud
A. Sesuatu yang amat genting silap sedikit sahaja boleh jadi rosak binasa
B. Biar rugi sedikit jangan rugi banyak
C. Sesuatu yang sudah terlanjur dan tidak dapat dibetulkan lagi
D. Turun darjat kerana merosakkan diri sendiri