Page 25 - 2021Newintakewithcover130820
P. 25

2021年新生入学指南                                                                         23
             NEW INTAKE



                              · BAHASA MALAYSIA ·



          Arahan : Kertas ini mengandungi tiga bahagian : Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian
          C. Anda dikehendaki menjawab semua soalan dalam ketiga- tiga bahagian ini.  Tiap-tiap
          soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi
          setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Manakala Bahagian B, pelajar dikehendaki un-
          tuk mengisi jawapan yang sesuai dan jawab satu soalan dalam Bahagian C.


          BAHAGIAN A ( 20 MARKAH )
          Soalan 1 hingga 10
          Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

          1. Pihak polis masih mencari ___________ yang kukuh berkaitan dengan kes rompakan
            di Bank Jaya itu.
            A. saksi                                 C. gambaran
            B. bukti                                 D. pandangan


          2.  ___________ telah bersetuju untuk memberi sumbangan dalam bentuk cek pada
            majlis itu nanti.
            A. Dia                                   C. Kalian
            B. Hamba                                 D. Beliau


          3. Semua kenderaan yang menuju ke pusat bandar telah ___________ ke laluan lain
            akibat banjir kilat.
            A. dialihkan                                            C. ditukarkan
            B. dipindahkan                                       D. dilencongkan

          4. Natalia kelihatan begitu ___________ apabila dia memperagakan baju kurung tenunan
            songket itu.
            A. rapi                                                    C. anggun
            B. segak                                 D. unggul


          5. Statistik kemalangan jalan raya pasti dapat dikurangkan ___________ pengguna jalan
            raya memandu kenderaan dengan berhati- hati.
            A. dan                                                     C. sekiranya
            B. tetapi                                                 D. kendatipun
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30