Page 26 - 2021Newintakewithcover130820
P. 26

2021年新生入学指南
       24
                                                                              NEW INTAKE





        6. “ ___________ , di sini rupa-rupanya kamu menyorok!” kata ayah kepada adik.
          A. Eh                                                      C. Cis
          B. Oh                                                      D. Nah

        7. “ ___________kah yang terdapat dalam almari kaca itu?” tanya Rosni kepada ibunya.
          A. Mengapa                               C. Bila
          B. Siapa                                 D. Apa


        8. Puan Gayah tidak ___________ mengingati wajah peragut yang telah meragut beg
          tangannya.
          A. masih                                                C. dapat
          B. boleh                                                 D. sudah


        9. “___________ sampaikan salam mak cik kepada ibu kamu,” kata Puan Zalimah
          kepada Azhari.
          A. Minta                                              C. Jemput
          B. Usah                                                  D. Tolong


        10. Aminah ___________ mengharapkan kepulangan anak-anaknya pada hari raya
           tahun ini.
           A. amat                                                 C. betul
           B. agak                                                  D. paling


        Soalan 11 dan Soalan 12 : Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.


        11. Penduduk telah mengadakan aktiviti gotong-royong memasang pelita di sekitar
           Kampung Sungai Lereh bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.
           A. Pelita dipasang oleh penduduk Kampung Sungai Lereh secara bergotong-royong.
           B. Pelita telah dipasang oleh penduduk Kampung Sungai Lereh secara
              bergotong-royong semasa meraikan Hari Raya Aidilfitri.
           C. Bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri, aktiviti gotong-royong memasang pelita
              telah diadakan oleh penduduk Kampung Sungai Lereh di kawasan mereka.
           D. Hari Raya Aidilfitri disambut oleh penduduk Kampung Sungai Lereh dengan
              bergotong-royong memasang pelita.
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31