Page 41 - New intake 2023 version
P. 41

2023年新生入学指南
                NEW INTAKE                                                                  41



               Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaleed Nordin hadir untuk merasmikan
           pertandingan itu. Turut hadir, mengiringi beliau ialah Pengarah Pendidikan Negeri
           Johor yang datang untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan.

               Pertandingan yang berlangsung selama empat hari itu disertai seramai 600 orang
           murid yang mewakili negeri masing-masing. Pengurus besar Shell Malaysia semasa
           berucap dalam majlis itu berkata, Shell telah menganjurkan pertandingan itu sejak
           sekian lama sebagai melaksanakan tanggungjawab sosialnya.

               Menurut beliau, pertandingan yang diadakan itu, bertujuan untuk menanamkan
           sifat prihatin dalam diri pemandu atau pejalan kaki terhadap aspek keselamatan
           semasa di jalan raya.


           37. Apakah jenis petikan di atas?
               A. Laporan        B. Syarahan          C. Dialog             D. Berita


           38. Apakah maksud naib johan dalam petikan tersebut?
               A. Tempat pertama                      B. Tempat kedua
               C. Tempat ketiga                       D. Tempat keempat


           39. Mengapakah Menteri Besar Johor hadir dalam pertandingan itu?
               A. Untuk menemui peserta pertandingan
               B. Untuk merasmikan pertandingan itu
               C. Untuk menyampaikan ucapan
               D. Untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang


           40. Apakah tujuan pertandingan Lalu Lintas Shell itu diadakan?
               A. Untuk memperkenalkan Shell kepada orang ramai.
               B. Untuk menanam sikap prihatin dalam diri terhadap aspek keselamatan jalan
                  raya.
               C. Untuk memberikan sumbangan kepada semua murid sekolah.
               D. Untuk mengumpul murid-murid dari seluruh negara untuk berkenalan.
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46