Page 36 - New intake 2023 version
P. 36

2023年新生入学指南
          36                                                                  NEW INTAKE



                               · BAHASA MALAYSIA ·




           BAHAGIAN A: TATABAHASA ( SOALAN 1 HINGGA SOALAN 36)


           Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

           1. “ ______ mahu bersiar-siar di taman bunga.” titah Tuan Puteri Gunung Keriang
             kepada dayang-dayangnya.
             A. Patik           B. Beta               C. Saya               D. Hamba


           2. “ Kalian ______ bekerja dengan tekun demi kejayaan syarikat kita ini,” kata Encik
             Syukur kepada kedua-dua orang anak lelakinya.
             A. patut           B. akan               C. masih              D. sedang


           3. Hulubalang yang baru masuk ke istana segera menyembah,” Ampunkan ______
             kerana buah nangka itu belum masak lagi.”
             A. tuanku          B. hamba              C. patik              D. beta


           4. “ Harga ______ rambutan ini cuma RM3.00. Rasalah ______ .” kata penjual itu
             kepada Salwa.
             A. Setimbun ... seulas                   B. Sebuah ... sepangsa
             C. Sebiji ... sebutir                    D. Seikat ... sebiji

           5. Agar-agar itu menjadi ______ kerana terlalu banyak air yang dimasukkan.
             A. lembut          B. lembik             C. kental             D. lemau


           6. Ayam-ayam itu ______ apabila dikejar oleh abang.
             A. berkeliaran     B. bertaburan         C. bertempiaran       D. berselerakan


           7. Jangan ______ sungai yang dalam itu.
             A. mendekati       B. dekati             C. dekatkan           D. mendekatkan

           8. Aiman ______ dengan ibunya sewaktu berada di tempat yang penuh sesak dengan
             orang.
             A. berpisah        B. terpisah           C. perpisahan         D. memisahkan


           9.  ______ menunggu kedatangan bas sekolah , budak itu membaca buku cerita.
             A. Sementara       B. Sambil             C. Walaupun           D. Jika
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41