Page 37 - New intake 2023 version
P. 37
2023年新生入学指南
NEW INTAKE 37
10. Duit kelas itu ada ______ guru kelas.
A. pada B. terhadap C. di D. ke
11. Kumpulan pelancong asing itu sedang mendengar taklimat ______ wakil syarikat
pelancongan yang mengurus percutian mereka.
A. dari B. pada C. kepada D. daripada
12. Saya duduk di stesen bas sambil melihat orang yang ______ di situ.
A. lalu-lalang B. lintang-pukang C. huyung-hayang D. mundar-mandir
13. Dia memayungkan anaknya dengan se ______ payung yang berwarna-warni.
A. bilah B. batang C. kaki D. tangkai
14. Adik yang berasa dahaga selepas berlari ke sana dan ke sini menyedut minuman
sejuk sehingga habis. Pilih perkataan sinonim bagi dahaga.
A. penat B. letih C. haus D. lesu
15. Harapan gadis itu ialah hidup dengan bahagia bersama dengan ahli keluarganya.
Pilih perkataan antonim bagi bahagia.
A. derita B. aman C. gembira D. tenteram
16. Semua perkataan di bawah ini mempunyai imbuhan KECUALI
A. menari B. menaip C. mentari D. menternak
17. Apakah kata dasar bagi perkataan menuai?
A. tuai B. nuai C. nua D. tua
18. Semua ayat di bawah betul KECUALI
A. Pertandingan itu saya telah menangi.
B. Lelaki yang berdiri di situ ialah adiknya.
C. Baju berjenama itu bukan untuk kawan saya.
D. Barang yang di dalam beg itu apa?
19. Pilih ayat yang betul.
A. Kami sekeluarga amat rindu nenek yang di kampung
B. Amalan saling kunjung-mengunjungi harus diamalkan dalam masyarakat kita.
C. Masalah disiplin dalam kalangan murid semakin banyak.
D. Saya akan mengulang kaji pelajaran daripada lapan malam hingga sepuluh
malam