Page 38 - New intake 2023 version
P. 38
2023年新生入学指南
38 NEW INTAKE
20. Badannya yang disapu minyak itu ______. Pilih bandingan semacam yang sesuai.
A. merah seperti saga B. degil seperti keldai
C. putih seperti salji D. licin seperti belut
21. Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
Lelaki yang ______ itu telah meminta barang yang diberikan kepada kawan baiknya
setelah mereka bergaduh.
A. makan hati B. buruk siku C. tangkai jering D. murah hati
22. Pilih simpulan bahasa yang mempunyai maksud orang yang jahat atau nakal.
A. kacang hantu B. muka tembok C. kera sumbang D. mata duitan
23. Pilih perumpamaan yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
Pekerja itu sangat rajin sehingga sering dipuji oleh majikannya, bak kata peribahasa,
______ .
A. kalau tidak dipecahkan ruyung , manakan dapat sagunya
B. seperti isi dengan kuku
C. bagai lembu dicucuk hidung
D. cepat kaki ringan tangan
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. (Soalan 24 & 25)
24. Sulaiman mengundang jirannya supaya datang ke rumahnya pada hujung minggu
ini.
A. “Jemputlah datang ke rumah saya pada hujung minggu ini,” kata Sulaiman
kepada jirannya.
B. “Bawalah jiran kamu datang ke rumah saya pada hujung minggu ini,” jemput
Sulaiman.
C. “Jemputlah jiran kamu datang ke rumah saya pada hujung minggu ini,” kata
Sulaiman kepadanya.
D. “Jemputlah datang ke rumah jiran saya pada hujung minggu ini,” kata Sulaiman
kepadanya.
25. Kapak pemotong kayu itu tajam kerana baru sahaja diasah oleh Pak Ali.
A. Pak Ali mengasah kapak pemotong kayu baharu itu sehingga tajam.
B. Pak Ali baru sahaja mengasah kapak pemotong kayu yang tajam itu.
C. Pak Ali baru sahaja mengasah kapak pemotong kayu itu sehingga tajam.
D. Pak Ali baru mengasah tajam kapak pemotong kayu itu.