Page 51 - New Buletin.docx
P. 51
Sejarah
Menurut William Herschel pada tahun 1785, bentuk bima sakti dan
kedudukan matahari bergantung pada jumlah bintang pada kedudukan
berlainan di langit. Dengan menggunakan pendekatan yang lebih baik,
Kapteyn pada tahun 1920 telah membuktikan kewujudannya dengan
menangkap gambar keadaan bima sakti pada lilit ukuran 15 kilo persegi.
Dalam pada itu, kaedah yang berlainan turut digunakan oleh Harlow Shapley,
iaitu dengan menggunakan putaran matahari. Imej ini menunjukkan bahawa
terdapat cakera leper dengan diameter sekitar antara 70 kilo prsegi dan jarak
matahari kelihatan jauh dari pusat. Dalam kontreks ini, penyerapan cahaya
oleh habuk yang hadir dalam satah galaksi adalah daripada peredaran planet
mengelilingi orbitnya.
Seterusnya, bermula pada 1990-an, Teleskop Angkasa Hubble (Hubble Space
Telescope) telah menghasilkan pemantauan yang lebih baik. Antara lain, para
saintis mengesahkan bahawa jisim gelap yang hilang dalam galaksi kita tidak
semata-mata terdiri dari bintang kecil yang malap. Perkara ini dibuktikan
melalui gambar Hubble Deep Field, memberikan bukti bahawa dalam alam
yang dapat dilihat sahaja, wujudnya beratus juta galaksi di alam semesta kita.
49