Page 48 - New Buletin.docx
P. 48
Glamping : Aktiviti
Perkhemahan Yang Mewah
Glamping merupakan salah satu aktiviti perkhemahan
yang selesa dan mewah. Glamping ialah akronim bagi
perkataan glamour dan camping.
Aktiviti ini cukup popular dalam kalangan masyarakat
di Malaysia pada masa ini. Kebanyakan warga kota atau
muda mudi gemar melakukan aktiviti kerana
menginginkan ketenangan dan mendekatkan diri
dengan alam semula jadi.
Glamping sebenarnya sudah wujud sejak abad ke-
16. Aktiviti ini telah dimulakan oleh Earl of Atholl dari
Scotland yang menyediakan sebuah pengalaman
percutian mewah di kawasan tanah tinggi semasa
melawat Raja James V dan ibunya. Kebiasaannya di
kawasan glamping ini anda boleh terus masuk ke dalam
khemah dan tidak perlu membinanya sendiri.
Pada masa yang sama, aktiviti ini juga lengkap dengan
kemudahan makanan dan tempat tidur yang selesa.
Terdapat banyak tempat yang menyediakan
perkhidmatan glamping ini. Antara tempat
glamping yang cukup popular di Malaysia ialah
Canopy Tribes di Kota Tinggi, Caravan Serai di
Bentong, Kanopi Villa di Janda Baik, Glamz Hills
di Tanah Tinggi Cameron, Tiarasa Escapes
Glamping Resort di Janda Baik dan lain-lain lagi.
Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan
semasa glamping seperti meredah hutan, memandu
ATV, berbasikal dan sebagainya.
46