Page 50 - New Buletin.docx
P. 50
Sistem Galaksi
Galaksi merupakan kumpulan bintang-bintang yang terdapat dalam Alam Semesta.
Dalam hal ini, bumi dan matahari berada di dalamnya dikenali sebagai Bima Sakti.
Bintang-bintang sentiasa wujud secara berkelompok yang dikenali sebagai galaksi,
bersama-sama dengan gas, debu dan bintang. Galaksi dikekalkan bersama dengan
tarikan graviti dan komponen galaksi mengorbit satu pusat. Terdapat bukti bahawa
lubang gelap mungkin wujud di pusat sebahagian, atau kebanyakan, galaksi.
Umum mengetahui bahawa galaksi terbentuk daripada protogalaksi.
Perkataan galaksi dalam bahasa Inggeris galaksi diambil dari nama galaksi kita
Bima Sakti (Milky Way), manakala perkataan Yunani ‘gala’ (umumnya galaktos)
bererti susu.
Ciri-ciri Galaksi
• Galaksi itu mempunyai cahaya sendiri.
• Galaksi-galaksi lainnya terlihat di luar jalur galaksi Bima Sakti, jaraknya
sejauh jutaan tahun cahaya.
• Galaksi-galaksi tersebut mempunyai bentuk-bentuk tertentu.
• Jarak antara galaksi jutaan tahun cahaya.
Teori Pembentukan Galaksi
Menurut Fowlet, kira-kira 12 juta tahun yang lalu galaksi tidaklah seperti
sekarang. Pada saat itu galaksi masih merupakan kabut gas hidrogen yang sangat
besar yang berada di ruang angkasa. Kabut gas hidrogen tersebut bergerak
perlahan-lahan, berputar pada pusatnya, sehingga berbentuk bulat. Terdapat tiga
bentuk galaksi iaitu:
• Galaksi berbentuk spiral (spiral galaxis) sebanyak 80 peratus.
• Galaksi berbentuk ellips (elliptical galaxis) sebanyak 17 peratus
• Galaksi berbentuk tak beraturan (irregular galaxis) sebanyak tiga peratus
Galaksi Spiral (Spiral Galaxis)
Galaksi ini merupakan galaksi yang mempunyai struktur paling lengkap dan
mengandungi tiga bahagian iaitu:
• Pusat spiral galaksi yang terdiri daripada gugusan bintang yang berbentuk bulat
• Lingkaran yang membungkus pusat spiral
• Piringan dengan lengan spiral
3 48