Page 47 - New Buletin.docx
P. 47

Sukan Ekstrem







                      Kini, masyarakat di seluruh dunia sudah mula meminati sukan ekstrem. Sukan  ekstrem
                      turut dikenali sebagai sukan lasak. Terdapat pelbagai jenis sukan ekstrem seperti kayak
                                   jeram, paragliding, memanjat cerun berbatu, dan sebagainya.




                                Kayak Jeram
                   Aktiviti kayak jeram merupakan aktiviti
                  yang boleh dijalankan secara individu atau
                    berkumpulan. Aktiviti ini kebiasaannya
                  dilakukan di kawasan jeram iaitu bahagian
                  sungai yang sama seperti air terjun. Peserta
                 yang melakukan aktiviti ini perlu  berhempas
                 pulas merentasi alur sungai  berbahaya yang
                   berbatu dengan pelbagai  rintangan tidak
                                   terduga.





                                                                                   Paragliding

                                                                          Paragliding merupakan aktiviti
                                                                      meluncur udara menggunakan  payung
                                                                       terjun termasuk yang dilengkapi enjin
                                                                            sokongan. Aktiviti ini amat
                                                                         mengujakan kerana peserta dapat
                                                                        melihat keindahan panorama alam
                                                                       semula jadi dari  udara yang pastinya
                                                                             melenyapkan  rasa takut.
                                                                          Kebiasaannya aktiviti  ini akan
                                                                      dikendalikan oleh individu yang mahir
                                                                               dan berpengalaman.






                       Bungy Jumping (Terjun Bungy)

                      Aktiviti yang memerlukan seseorang
                      itu terjun dari kawasan tinggi dengan
                     kedua-dua kaki diikat. Kebiasaannya,
                       jarak ketinggian melebihi 20 meter
                      atau bersamaan ketinggian bangunan
                     sembilan tingkat. Aktiviti ini terkenal
                      di New Zealand, Australia, Amerika
                     Syarikat dan beberapa negara Eropah
                       lain namun kini boleh dilakukan di
                                   Malaysia.                                                                        4 45
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52