Page 43 - New Buletin.docx
P. 43
Dibuka pada pertengahan tahun 2013, Taman Tema Escape di Pulau
Pinang merupakan tempat tarikan pelancong dari luar negara. Pelbagai
aktiviti boleh dicuba apabila berkunjung ke sini. Anda dan keluarga dapat
mencuba pelbagai aktiviti fizikal yang cukup menarik.
Anda boleh memanjat pokok, meneroka terowong, berlumba dengan tiub
dan "terbang" di udara dengan tarikan bernama Atan's Leap. Aktiviti ini
memberikan seribu kenangan yang tidak dapat anda lupakan sepanjang
hayat. Di sini juga terdapat kawasan khas untuk kanak-kanak. Ibu bapa
boleh memberikan peluang kepada anak-anak untuk bermain dan
meneroka kawasan itu manakala ibu bapa boleh mencuba permainan
yang lain.
Setelah mencuba pelbagai aktiviti, anda boleh berehat di rumah rehat
pokok di Escape dan anda boleh merasai suasana kampung. Anda juga
boleh meluangkan masa dengan melawat ladang ayam atau ladang sayur-
sayuran yang terletak berhampiran dengan rumah rehat ini.
41