Page 3 - SUARA KC NOVEMBER 2021-2022
P. 3
Malaysia di bawah
Pandemik COVID-19
Oleh: Branda Chong Zhi Xin (Sr2ScF)
Pandemik COVID-19 merupakan jangkitan Koronavirus
2019 yang menular secara berleluasa di seluruh dunia
bermula pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar
raya Wuhan, China. Lantaran itu, perkataan Koronavirus
dan COVID-19 telah menjadi buah mulut setiap lapisan
masyarakat.
Kes COVID-19 pertama yang dilaporkan pada 25 Januari
2020 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
merupakan para pelancong China yang tiba di Johor
melalui Singapura. Selain itu, kluster perhimpunan tabligh
di masjid Sri Petaling yang tersebar ke negeri jiran dalam
masa yang singkat telah memberi tekanan kepada kerajaan
Malaysia untuk melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac agar wabak
tersebut dapat dikawal dengan segera. Kini, bermulalah
perubahan gaya hidup rakyat Malaysia untuk menghalang
pembentukan gelombang jangkitan baharu.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru
rakyat agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)
yang ditetapkan dengan mengamalkan 3W iaitu kerap
mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai
pelitup muka (wear) serta amaran dari KKM yang
berkonsep peringatan (warn) seperti duduk di rumah.
Selain itu, kita juga perlu mengelakkan 3C iaitu kawasan
sesak (crowded place), kawasan yang sempit (confined
space) dan sembang atau bertutur dalam jarak yang dekat
(close conversation). Kata-kata seperti “duduk di rumah,
jangan ke sana ke sini” dan “kita jaga kita” juga disaran
dalam apa-apa jua situasi.
1