Page 39 - New Buletin.docx
P. 39
Penumpang kapal selam Titan yang terbunuh, Hamish Harding (atas, kiri), Stockton Rush
(atas, kanan), Shahzada Dawood dan anaknya, Suleman (bawah, kanan) serta Paul-Henri
Nargeolet (bawah, kiri). Kesemua lima penumpang kapal selam Titan yang mahu meneroka
sisa bangkai kapal persiaran mewah, Titanic, di dasar Laut Atlantik disahkan meninggal
dunia. Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) berkata, kapal selam itu yang dilaporkan hilang
sejak Ahad lalu, dipercayai meletup berdekatan dengan Titanic dan ahli keluarga semua
mangsa tragedi tersebut telah dimaklumkan. Serpihan kapal selam berkenaan yang ditemui
oleh pasukan pencarian dan penyelamat berhampiran Titanic, sekali gus menjadi petunjuk
perjalanan Titan berakhir di Laut Atlantik. Bahagian ekor Titan bersama serpihan lain
ditemui kira-kira 500 meter dari bangkai Titanic, yang terletak pada kedalaman 4,000
meter di bawah laut berkenaan.
37