Page 34 - New Buletin.docx
P. 34
Haiwan Peliharaan yang Mudah
Dipelihara
Oleh: Lam Chen Juin (Sr2ComC)
Apakah haiwan peliharaan?
Haiwan peliharaan ialah haiwan yang boleh menjadi sahabat baik manusia. Terdapat banyak
jenis haiwan peliharaan yang sesuai untuk kita dan menjadi pelengkap kehidupan kita.
Persoalannya, apakah jenis haiwan peliharaan yang mudah kita pelihara?
1.Anjing
Kebaikan memelihara anjing adalah dapat merapatkan
hubungan antara kanak-kanak dengan haiwan. Hal ini
disebabkan oleh anjing mempunyai sifat yang lembut dan
penyayang. Anjing juga boleh menjadi sahabat baik di dalam
dan di luar rumah.
2.Kucing
Kucing sudah tentu menjadi pilihan ramai sebagai
binatang peliharaan pilihan ramai. Jangan kata
kanak-kanak, orang dewasa pun ramai yang sayang
dengan kucing! Kucing domestik dari mana-mana
baka adalah sesuai untuk dijadikan haiwan
peliharaan kanak- kanak. Bergantung kepada umur,
mereka boleh tolong memberikan makanan,
minuman, dan bermain dengan kucingnya.
3.Ikan
Ikan selalunya boleh dijadikan haiwan peliharaan
pertama kanak-kanak kerana ikan merupakan
sejenis haiwan yang paling senang untuk dijaga.
Antara jenis ikan yang boleh dipelihara oleh kanak-
kanak ialah ikan yang kecil seperti ikan emas, ikan
laga dan ikan Koi. Kanak-kanak boleh menjaganya
dengan memberikan makanan ikan, menghias
balang ikan atau akuarium, dan membersihkan
akuarium.
32