Page 27 - SUARA KC NOVEMBER 2021-2022
P. 27
Apa itu Pencetakan 3D?
Pada asasnya, pencetakan 3D ialah cara yang berbeza untuk
menghasilkan komponen- komponen bahan berbanding dengan
teknologi pembuatan tradisional yang subtraktif atau formatif.
Digunakan dalam bidang aeroangkasa, automotif, robotik,
perkakas, penjagaan kesihatan & reka bentuk.
Bagaimanakah Pencetakan 3D dilakukan?
Proses ini akan dimulakan dengan model 3D – ‘blueprint’ objek fizikal. Model ini
dipotong oleh perisian pencetak menjadi lapisan 2D yang nipis dan kemudian
berubah menjadi satu set arahan dalam bahasa mesin (G-code) agar printer dapat
dijalankan.
Seterusnya, cara kerja pencetak 3D berbeza mengikut proses. Sebagai contoh,
pencetak FDM desktop mencairkan filamen plastik dan meletakkannya ke platform
cetak melalui muncung (seperti gam yang dikawal oleh komputer dengan ketepatan
tinggi). Mesin SLS industri besar menggunakan laser untuk mencairkan lapisan nipis
logam atau serbuk plastik.
Kelebihan Limitasi
1. Kekuatan dan sifat bahan anisotropik.
1. Terdapat geometri yang kompleks tanpa 2. Kos yang tidak kompetatif pada
kos tambahan. penghasilan yang lebih banyak.
2. Kos permulaan yang sangat rendah 3. Ketepatan yang terhad.
3. Penghasilan setiap bahan mengikut
kehendak.
4. Kos prototaip yang rendah dengan hasil
yang cepat.
25