Page 9 - New Buletin.docx
P. 9

HARI SUKAN








                         Hari       6 Mei 2023(Sabtu) - 7 Mei 2023(Ahad)
                         Masa       6 Mei 2023:7 pagi hingga 4.30 petang
                                    7 Mei 2023:7 pagi hingga 2 petang
                         Tempat     Stadium Arena Universiti Malaya
                         Tujuan     - Menggalakkan perkembangan bakat sukan dalam pelajar
                                    - Meningkatkan kesihatan fizikal pelajar




          Pada tahun 2023, dengan kelonggaran SOP bagi pengurusan wabak Covid-19, sekolah kami berjaya mengadakan
   semula Kejohanan Sukan pada 6 Mei (Sabtu) bermula jam 7 pagi hingga 7 Mei (Ahad) hingga jam 2 petang di Stadium
   Arena Universiti Malaya. Pada masa yang sama juga, Kejohanan Sukan Sekolah Rendah Kuen Cheng turut berlangsung.
   Acara sukan ini merangkumi acara larian peribadi dan larian estafette, lompat tinggi, lemparan lembing, lontar peluru dan
   banyak lagi.

          Upacara pembukaan berakhir dengan persembahan hebat daripada pelajar Tingkatan 6, dan Kejohanan Sukan
   bermula secara rasmi. Salah satu acara yang paling menggemparkan penonton ialah acara larian yang penuh dengan
   ketegangan dan aksi. Selain itu, dalam acara larian jarak jauh, ada peserta yang menghadapi kesulitan fizikal disebabkan
   pelbagai faktor, namun mereka tidak menyerah dan terus berjuang hingga melintasi garisan penamat. Situasi  ini
   mencerminkan nilai-nilai semangat sukan dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

          Pada hari kedua, semua acara sukan diteruskan. Penonton di gelanggang memberikan sokongan aktif kepada pasukan
   yang mereka sokong. Dalam pertandingan seterusnya, para peserta menunjukkan kecekapan dan kebolehan mereka,
   memperlihatkan kemahiran sukan yang cemerlang dan bakat sebagai seorang atlet sukan. Selesai acara pertandingan yang
   sengit, juara untuk setiap acara akhirnya diumumkan


          Para pelajar dengan bersemangat menyertai pelbagai acara sukan, merasai semangat persaingan dan kekuatan kerja
   berpasukan. Selain itu, mereka turut terlibat dalam perkhidmatan sukarela, bagi menjadikan Kejohanan Sukan dapat
   dijalankan dengan penuh dengan semangat dan kegembiraan. Kejohanan Sukan ini telah berjaya mencungkil bakat tujuh
   atlet terbaik dan empat atlet muda yang telah memecahkan rekod kejohanan.

          Seiring dengan penutupan pertandingan, kejohanan sukan juga berakhir. Upacara penutupan disampaikan dengan
   ucapan alu-aluan  oleh  penolong pengetua sekolah. Beliau mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua
   peserta yang telah menyertai. Penghargaan turut diapresiasikan kepada kumpulan perkhidmatan yang telah bekerja keras
   untuk acara ini. Beliau juga mengucapkan tahniah atas kejayaan penuh makna kejohanan sukan kali ini. Dalam sorakan dan
   tepukan yang meriah, kejohanan sukan berakhir, tetapi semangat dan daya tahan akan terus berkobar dalam hati para
   pelajar, memberi inspirasi untuk mencapai kecemerlangan dan menakluki puncak, dengan harapan agar dapat bertemu
   kembali dalam kejohanan sukan sekolah pada tahun depan.



















                                                                                                                            7
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14