Page 11 - New Buletin.docx
P. 11

KARNIVAL ULANG





                             TAHUN SEKOLAH








                     Hari      9 September 2023 (Sabtu) - 10 September 2023 (Ahad)
                     Masa      9 September 2023: 8 pagi hingga 4 petang
                               10 September 2023: 8 pagi hingga 3 petang

                     Tempat    Dewan Lee Shin Cheng, kawasan tempat letak kereta terbuka, gelanggang bola
                               keranjang dan bola tampar, bilik darjah, perpustakaan

                     Tujuan        •  Mengumpul dana daripada masyarakat untuk membina muzium
                                      sejarah sekolah
                                   •  Meraikan ulang tahun ke-115 sekolah



               •      Pada  9  dan  10  September  2023,  Sekolah  Menengah  Kuen  Cheng  telah  mengadakan  Hari
               Karnival  secara  besar-besaran.  Tujuan  aktiviti  tersebut  dianjurkan  adalah  untuk  mengumpul
               dana   daripada  masyarakat   untuk   membina    muzium    sejarah  sekolah  dan  meraikan  ulang
               tahun ke-115 sekolah.


               •      Tiga  bulan  sebelum  ketibaan  hari  karnival,  murid-murid  setiap  kelas  telah  membentuk
               jawatankuasa    yang   bertanggungjawab    dalam    pelbagai  urusan   penting   seperti  catatan
               perakaunan, pengaturan jadual bekerja dan hiasan gerai. Para murid dan guru bekerjasama bagai
               aur dengan tebing untuk membuat persediaan yang cekap.

               •      Awal  pagi  pada  hari-hari  karnival  tersebut,  murid-murid  sampai  di  sekolah  lalu  pergi  ke
               gerai  masing-masing  untuk  menyediakan  bahan  jualan  yang  diperlukan.  Pada  pukul  8  pagi,
               aktiviti  jual  beli  telah  bermula.  Ramai  pengunjung  memenuhi  di  kawasan  sekolah.  Para  murid
               melaung-laung  dengan  sekuat  hati  agar  dapat  menarik  minat  mereka  untuk  membeli  produk-
               produk yang dijual pada hari tersebut.

               •      Makanan  yang  dijual  pada  hari  tersebut termasuklah  mi  goreng,  dimsum  dan  nasi  lemak.
               Bukan  itu  sahaja,  pencuci  mulut  dan  minuman  sejuk  yang  dapat  menghilangkan  kehausan
               turut  dijual  dengan  harga  yang  berpatutan.  Ada  juga  kelas  yang  menyediakan  permainan
               seperti  “escape  room”.  Persembahan  yang  menarik  seperti  tarian  singa,  tarian  K-Pop  dan
               nyanyian  lagu  Cina  diadakan  di  sebuah  pentas  yang  didirikan  di  tengah-tengah  gelanggang
               bola  keranjang.  Para  pengunjung  bersorak-sorai  sambil  bertepuk  tangan  untuk  memberikan
               galakan kepada penghibur.

               •      Di dewan sekolah,  buah-buahan dan  sayur-sayuran  yang  segar  telah  dijual  oleh  para  guru
               dengan  bantuan  murid-murid.  Promosi  jualan  telah  diadakan  secara  besar-besaran  terutamanya
               sejam  sebelum  penamatan  aktiviti  jual  beli.  Terdapat  juga  barangan  yang  bertemakan  “Ulang
               Tahun ke-115 Sekolah Menengah Kuen Cheng” dijual seperti kemeja-t, rantai kunci dan buku nota.
               Para pengunjung berasa puas hati kerana dapat membeli barangan yang diingini dengan harga yang
               berpatutan.


                                                                                                                     9
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16