Page 18 - New Buletin.docx
P. 18
Saban tahun, Sekolah Menengah Kuen Cheng pasti akan turut sama menyertai pertandingan forum yang
dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Gabungan Lembaga-Lembaga Sekolah Cina
Selangor dengan kerjasama Persatuan Penterjemahan Kreatif Malaysia (PERSPEKTIF) dan Persatuan
Kebudayaan HAN Malaysia. Dalam konteks ini, Pertandingan Forum 2023 yang telah berlangsung secara
bersemuka pada bulan September di Arena Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan menyaksikan 11 buah
sekolah Zon C yang telah berentap untuk mendapatkan gelaran pemenang utama. Sebelum itu, penting
untuk difahami bahawa pertandingan yang dijalankan ini adalah perlu mengikut peringkat, iaitu Zon A
(Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan), zon B (Perak), Zon C (Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan),
Zon D (Johor dan Melaka), Zon E (Sabah) dan Zon F (Sarawak). Pertandingan ini bermatlamat untuk
menyediakan wadah dan suasana penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar SPMC di
samping mampu melahirkan tokoh pelajar yang berketerampilan dalam penggunaan bahasa Melayu baku,
iaitu bahasa Melayu yang sempurna baik dari segi penggunaan tatabahasa, sebutan dan gaya. Berikut
merupakan intipati syarat-syarat dan tatacara pertandingan:
Syarat-syarat Pertandingan Tatacara Pertandingan
✓ Terbuka kepada pelajar tingkatan tiga hingga ✓ Forum pelajar perlu dipersembahkan dalam
enam, Sekolah Menengah Persendirian Cina bentuk perbincangan secara bersemuka di
Malaysia (SMPC). peringkat zon dan peringkat kebangsaan.
✓ Setiap sekolah hanya dibenarkan untuk ✓ Para peserta dalam satu kumpulan terdiri
menghantar satu pasukan sahaja. daripada seorang pengerusi, tiga orang ahli
✓ Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada panel, dan seorang ahli panel simpanan.
seorang pengerusi, tiga orang ahli panel, dan ✓ Pasukan akan membincangkan tajuk yang
seorang ahli panel simpanan. yang telah ditetapkan oleh penganjur. Oleh
✓ Pertukaran peserta pada saat akhir TIDAK itu, setiap pasukan perlu menetapkan tajuk
DIBENARKAN kecuali disebabkan oleh yang dipilih. Tajuk untuk pertandingan
perkara atau alasan yang difikirkan munasabah kebangsaan adalah berbeza dengan tajuk
oleh jawatankuasa pertandingan. forum yang dipilih pada peringkat zon.
✓ Setiap pasukan TIDAK DIBENARKAN
mengambil peserta berketurunan Melayu atau Pengendalian Forum
bukan warganegara.
✓ Perbincangan dikendalikan pengerusi dan
ahli panel semasa berforum hendaklah
dipersembahkan satu demi satu.
✓ Masa berforum yang diperuntukkan untuk 18
setiap pasukan ialah 20 minit.
✓ Soalan yang dikemukakan oleh hakim akan
diberikan dan masa yang diperuntukkan
untuk setiap pasukan menjawab hanya lima 16
minit.