Page 17 - New Buletin.docx
P. 17

Pada tarikh keramat 19 Ogos 2023 - Kelab
         Forum Sekolah Kuen Cheng memulakan
        perbahasan dengan mengulas isu politik yang
        bertajuk   “Remaja     Mencorakkan      Sistem
        Pemerintahan  dan Hala Tuju Negara." Di atas
        pentas arena ini telah menyaksikan kegigihan
        pengerusi dan barisan panel untuk mengupas dan
        melontarkan pandangan yang  bernas berkaitan
        isu tersebut sehingga mampu memukau para
        penonton. Debaran      semakin terasa hangat
        apabila  pasukan ini berjaya menjawab  soalan
        pihak juri  sewaktu sesi menjawab  soalan
        berlangsung. Mereka telah menamatkan sesi ini
        dengan jayanya. Syukur! Hasil daripada latihan
        yang  gigih antara guru pembimbing dan para
        pelajar serta diiringi dengan azam dan semangat
        tidak mudah mengalah, pasukan forum sekolah
        telah  berjaya mendapat tempat  kedua di hati
        barisan juri sekali gus telah dinobatkan sebagai
        naib juara bagi pertandingan  Forum Sekolah
        Persendirian Cina Peringkat Zon Ke-31.
                               .

































                      Bergambar kenangan bersama pengetua















                                                                                                                    15
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22