Page 38 - 2023internationalstudentnewintake
P. 38
2023年新生入学指南
38 NEW INTAKE
· BAHASA MALAYSIA ·
BAHAGIAN A: TATABAHASA ( SOALAN 1 HINGGA SOALAN 36)
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. “ ______ mahu bersiar-siar di taman bunga.” titah Tuan Puteri Gunung Keriang
kepada dayang-dayangnya.
A. Patik B. Beta C. Saya D. Hamba
2. “ Kalian ______ bekerja dengan tekun demi kejayaan syarikat kita ini,” kata Encik
Syukur kepada kedua-dua orang anak lelakinya.
A. patut B. akan C. masih D. sedang
3. Hulubalang yang baru masuk ke istana segera menyembah,” Ampunkan ______
kerana buah nangka itu belum masak lagi.”
A. tuanku B. hamba C. patik D. beta
4. “ Harga ______ rambutan ini cuma RM3.00. Rasalah ______ .” kata penjual itu
kepada Salwa.
A. Setimbun ... seulas B. Sebuah ... sepangsa
C. Sebiji ... sebutir D. Seikat ... sebiji
5. Agar-agar itu menjadi ______ kerana terlalu banyak air yang dimasukkan.
A. lembut B. lembik C. kental D. lemau
6. Ayam-ayam itu ______ apabila dikejar oleh abang.
A. berkeliaran B. bertaburan C. bertempiaran D. berselerakan
7. Jangan ______ sungai yang dalam itu.
A. mendekati B. dekati C. dekatkan D. mendekatkan
8. Aiman ______ dengan ibunya sewaktu berada di tempat yang penuh sesak dengan
orang.
A. berpisah B. terpisah C. perpisahan D. memisahkan
9. ______ menunggu kedatangan bas sekolah , budak itu membaca buku cerita.
A. Sementara B. Sambil C. Walaupun D. Jika