Page 3 - New Buletin.docx
P. 3
Bulan Bahasa Melayu tahun 2023 telah diadakan
pada 9 hingga 20 Mei yang lalu. Bulan Bahasa
Melayu ini dianjurkan bagi mencungkil bakat
pelajar dalam pertandingan bahasa, menguji
kefahaman pelajar dalam pertandingan yang
melibatkan permainan bahasa dan memberikan
pendedahan kepada para pelajar mengenai
budaya masyarakat Melayu.
Pertandingan Congkak dan Batu Seremban
Pelbagai jenis pertandingan telah dianjurkan oleh
Jabatan Bahasa Melayu seperti pertandingan
Sahibba, congkak, batu seremban, tapak gajah, teka
silang kata, peribahasa, melukis komik KOMSAS,
mencipta lagu, syarahan, membaca berita,
mendeklamasi sajak dan pertandingan nyanyian.
Terdapat dua jenis pertandingan baharu yang
diperkenalkan iaitu pertandingan Roda Impian dan
Pertandingan Nyanyian dan Mendeklamasi Sajak
penciptaan wau. Pertandingan-pertandingan ini
diadakan pada waktu rehat kedua dan Hari Aktiviti
Pembelajaran Kendiri. Para pelajar memberikan
sambutan yang amat menggalakkan dalam setiap
pertandingan yang dianjurkan pada tahun ini.
Pertandingan Sahibba, Tapak Gajah dan mencipta wau
1