Laporan disediakan oleh:
Cikgu Ahmad Nazif

Laporan ke RTM

   Pada 29 Ogos 2020 hari sabtu, seorang pelajar Sekolah Menengah Kuen Cheng iaitu Chan Tian Yi dari kelas Sr2ComD telah dijemput oleh pihak RTM untuk mempersembahkan dua buah lagu secara langsung (live) dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia sempena bulan kemerdekaan bertempat di Wisma RTM Angkasapuri Kuala Lumpur. Rancangan ini boleh ditonton oleh semua rakyat Malaysia bermula jam 8-10 pagi di TV1.

   Chan Tian Yi telah ditemani oleh guru pengelola dan pengiring Cikgu Ahmad Nazif. Persembahan telah bermula pada jam 8.40 pagi dimana Chan Tian Yi telah menyanyikan lagu pertama yang bertajuk bukti. Setelah selesai menyampaikan lagu pertama, Chan Tian Yi telah ditemubual oleh dua orang pengacara rancangan tersebut. Chan Tian Yi memperkenalkan diri sebagai seorang pelajar Sekolah Menengah Kuen Cheng dan memberitahu tentang minatnya dalam bidang nyanyian serta tentang perancangannya pada masa hadapan. Pengacara memuji Chan Tian Yi kerana mempunyai suara yang bagus dan boleh diketengahkan bakatnya dalam industri muzik Malaysia.

   Setelah selesai sesi temubual, Chan Tian Yi telah menyanyikan lagu Gemilang yang berkonsepkan semangat sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke-63. Siaran tersebut juga boleh ditonton di dalam Halaman rasmi facebook RTM https://www.facebook.com/selamatpagimalaysiartm/

WhatsApp Image 2020-09-05 at 9.49.40 AM

Lagu Pertama : Bukti

Sesi Interview

Lagu Kedua: Gemilang